Kelas Sampul Buku Teks
14 Januari 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 13 Januari 2018, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas sampul buku teks selama 2 jam. Kelas ini diadakan untuk mempelajari cara menyampul buku teks. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Kelas ini dapat membantu para pelajar belajar untuk menyampul buku sendiri dengan kemas dan teratur tanpa bantuan ibu bapa. Tujuan menyampul buku agar mereka dapat menjaga buku teks supaya kekal lama. Selain itu, buku teks kelihatan lebih kemas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: